Saturday, 11 June 2016

Caliph Edisi Khas Raya

Salam Ramadhan semua penyokong penyokong Caliph Kids Supplement,

Terima kasih kami ucapkan kepada semua ibu bapa yang memilih Caliph Kids Supplement sebagai makanan tambahan kepada anak anak.

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma, kami di Caliph Kids Supplement melancarkan Kotak Terbaru Jus Caliph Kids Supplement.

Kotak Promosi Raya ini sangat istimewa dan ekslusif di samping memberi anda peluang memenangi duit raya bernilai RM 20,000.00 yang dipecahkan kepada not RM 50 dan RM 100 dan dimasukkan kedalam kotak secara rawak. Mana tahu mungkin rezeki anda sempena Aidilfitri nanti.

Harga jualan pula pada harga RM 70 sahaja sebotol dan RM 130 untuk 2 botol.

PERCUMA 5keping sampul Raya yang di kepilkan sekali bersama kotak.

Jadi apa tunggu lagi, stok utk promosi ini sangat terhad.




Kotak pun baru


Limited Edition in the house!!!
Nka dapatkan Caliph Edisi Raya? Nak dapat duit raya, manalah tau kan rezeki kita, buka2 kotak dapat RM200..ameen.

Jom dapatkan Caliph Edisi Raya. Hubungi wani

013 2260818

Sembang Santai dengan Staff HQ Caliph

Assalamualaikum...baru sempat nak update blog..
Kejadian ni berlaku pada Jumaat yang lepas 3 Jun 2016. Sebelum ni wani kenal staff HQ ni melalui Whatsapp je bila time nak order stok Caliph tapi hari tu dah kenal depan-depan. Namanya Amin dan yang sorang lagi tu Azim PA Pn Felinna.

Apa yang kami sembang ye??


Sembang masalah negara la..haha. isu main harga adalah topik utama. Amin bagitau camni

"Akak jangan risau pasal isu ni kerana pihak team HQ tengah giat tangani masalah ni, nanti kami akan bekerjasama dengan pihak KPDNKK, nanti kena rampas lah yang jual di bawah hara yang ditetapkan"

lagi satu point penting, yang beli di bawah harga yang ditetapkan memang berisiko.
pertama : berisiko beli barang FAKE. sebab ramuan Caliph ni dari buah2 yang senang didapati jadi orang boleh tiru. Ingat ye yang FAKE ni kesannya tak sama dengan ORIGINAL ye.

kedua : Jika berlaku apa2 kesan tak elok contohnya kulit anak jadi sensitif ke apa pihak HQ takkan bertanggung jawab tau.

jadi kita sebagai pembeli Fikir-fikirkanlah, kita nak beri yang terbaik untuk anak kita kan, bukannya yang TIRUAN.

Oklah, sembang kejap je sebab diaorang nak teruskan perjalanan pulang ke Baling. Alhamdulillah. perjumpaan singkat ni buat wani makin bersemangat. Semangat nak share manfaat Caliph dengan semua orang.


kanan tu Amin namanya, sebelah lagi tu Azim. Salam perkenalan.



Anda nak Caliph? Hubungi wani ye

0132260818

Wednesday, 1 June 2016

Lagi Testimoni Jus Caliph dan Cereal Caliph

Alhamdulillah beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan keberkatan Bulan Ramadhan. Ucapkan syukur kerana dipertemukan lagi dengan Bulan Ramadhan. Terima kasih ya Allah.

Kali ni wani nak share testimoni tentang Cereal Caliph. Ramai juga yang bertanyakan cereal ni nak ouasa ni mungkin untuk dijadikan salah satu menu semasa sahur. Yelah setengah orang ada yang tak makan berat masa  sahur kan jadi boleh la ambil cereal ni, boleh kenyang juga. Lagipun Cereal bukan untuk kanak-kanak sahaja tapi untuk semua peringkat umur.

Cereal ni harga sebenar RM55 untuk 500g. Sekarang wani jual RM50 + pos RM5. Kalau SET COMBO ( Jus Caliph + Cereal ) hanya RM110 FREE POPSTAGE

testimoni cereal

Alhamdulillah..prestasi akademik meningkat






Anda berminat nak cuba Cereal dan Jus? Boleh hubungi wani ye.


013.2260818



Dapatkan Jus Caliph dari pengedar yang SAH!

Alhamdulillah bersua lagi kita. Ucapkan syukur kerana masih diberi peluang bernafas di bumi Allah.

Di entry kali ni wani nak tekankan sedikit tentang isu Beli Caliph dengan harga yang MURAH.

posting Tuan Rafei berkenaan isu ini

Sebenarnya harga telah pun ditetapkan oleh pihak HQ iaitu 1 botol RM75, 2 botol RM130. Kami pengedar-pengedar yang sah sememangnya ikut harga yang ditetapkan ini. Ini adalah untuk menjaga AMANAH  yang diberikan. Kami nak kan KEBERKATAN dalam berniaga. Sekiranya pihak tuan/puan boleh beli dengan harga yang lebih murah, itu bermakna tuan/puan menyokong peniaga yang tidak jujur, maka tuan/puan pun terlibat sama. Maafkan wani sekiranya ada yang tidak senang dengan post ini tapi cuba fikirkan jika tuan/puan berada di pihak kami.

Jus Caliph adalah supplement yang kita berikan kepada anak-anak kita. semestinya kita nakkan yang terbaikkan. Jus ini berasal dari buah-buah yang Nabi kita amalkan, jadi tak elok lah kita terlibat dengan perkara yang dilarang kan.

Satu perkara lagi, kalau kita beli dengan harga yang murah ianya berisiko dengan barang TIRUAN. Tuan/puan nak ke bagi yang tiruan kat anak????

Tuan/puan fikir-fikirkan lah ye. Saya peniaga yang menjaga AMANAH.:)

salam ceria dari wani :)

Thursday, 5 May 2016

Sufi Iman Lebih FOKUS Lepas Amal Caliph

Alhamdulillah wani just nak share tentang perkembangan anak wani yang no 2 ni, Sufi Iman 5 Tahun 5 bulan. Semalam ada perjumpaan dengan gurunya Teacher Aini tentang penilaian guru terhadap anak-anak tadika. Sufi belajar di Tadiak Naluri, Kuala Terengganu ni. Tadika ni tak jalankan peperiksaan seperti tadika lain, ia berkonsepkan exploring mengikut naluri anak-anak. Ianya mengikut silibus luar negara. Wani sangat berpuas hati dengan sistem pembelajaran di situ. Ok lah sambung cerita.

Antara anak kami 3 orang Sufi lah yang paling kami risau sebab dia seorang speech delay, kurang bersosial dan sangat aktif. Tetapi daripada pemerhatian semenjak dua menjak ni cukup buatkan kami terharu, rasa teruja dan semakin semangat nak train Sufi di rumah sebab dia menunjukkan kemajuan dari segi percakapan dan pembelajaran. Walaupun Sufi masih ada pelatnya, dia cepat belajar. Kalau wani ajar 1 atau 2 kali pun dia boleh ingat terutama vocab Bahasa Inggeris. Membaca dan mengaji pun semakin lancar.
ni antara komen guru dan pengetuanya :-



dah boleh mengira sampai 100 tanpa bimbingan
wani tertarik dengan komen 'semakin fokus' sebab sebelum ni fokus memang masalah besar bagi sufi sebab dia sangat aktif. Menurut cikgunya, Sufi Fokus dan cepat siapkan kerja di dalam kelas, lepas siap kerja baru dia main. Alhamdulillah terharu ibu. TQ dan tahniah untuk cikgu Sufi sebab sabar dengan karenahnya.

Ibu  akan teruskan supply CALIPH kat sufi dan anak2 ibu yang lain. Memang teruja bila tengok perkembangan anak-anak lepas amalkan Caliph. Alhamdulillah sangat. Untuk ibu-ibu yang berhadapan dengan anak yang tak FOKUS di dalam kelas, wani sangat mengesyorkan Caliph. In shaa Allah dengan ikhtiar kita ini Allah izinkan anak semakin fokus. Cikgu pun tak pening nak handle  dalam kelas. Wani pun seorang guru tahun 1. Tahun ni memang agak ramai yang ada masalah fokus Pening sikit la nak handle dalam kelas tu.hehe. Harapa2 la mak diaorang terbuka hati nak cuba Caliph. hehe.

nak cuba Caliph? Hubungi wani ye. Wani bantu anda. Kami ada banyak testimoni pasal masalah fokus ni.




0132260818


Friday, 29 April 2016

Testimoni Jus Alkurma

Assalamualaikum semua..
Hari ni wani nak share testimoni-testimoni dari pengguna Jus Alkurma ni. Ni testimoni benar ye bukan rekaan kami .hehe

Secara ringkasnya ramai yang nak cuba Alkurma bagi tujuan nak turunkan jaundis bayi, nak banyakkan susu, nak naikkan HB ibu hamil, untuk eczema dan sebagai imun booster anak-anak.

Jom kita tengok apa kata pengguna.

#Alkurma bantu banyakkan susu ibu



 #Alkurma sebgai immune booster


#Alkurma turunkan jaundis bayi





#Alkurma bantu pulihkan eczema

  
 #Alkurma sebagai energy booster


0132260818

Friday, 15 April 2016

FAQ ALKURMA

FAQ Al Kurma

SOALAN YANG SERING DITANYA - Al Kurma.
Q1: Bolehkah pesakit kencing manis minum Ener Ener Al-Kurma?
J: Boleh, ini disebabkan gula yang terkandung dalam Ener Al-Kurma adalah dalam bentuk Glukosa dan Fruktosa, dimana bentuk gula adalah sangat ringkas dan akan terus digunakan oleh badan untuk menjadi tenaga, terutamanya kepada bahagian otak. Tetapi dihadkan satu botol sehari.
Q2: Dari manakah buah kurma Ajwa untuk penghasilan Ener Ener Al-Kurma diimport?
J: Dari Arab Saudi.
Q3: Dimanakah Ener Ener Al-Kurma dihasilkan?
J: Ener Ener Al-Kurma dihasilkan oleh satu kilang di Malaysia yang mendapat kelulusan GMP dan HACCP dari kerajaan Malaysia.
Q4: Terdapat sedikit mendapan pada Ener Ener Al-Kurma, bolehkah ia diminum lagi? Ada kesan sampingan kepada kita?
J: Tentu boleh diminum dan tidak ada kesan sampingan kerana mendapan yang terdapat pada Ener Ener Al-Kurma sebenarnya adalah serat atau fiber dari kulit kurma, ia adalah serat paling baik untuk badan kita, mempunyai fungsi untuk membersihkan usus dan menyerap toksin daripada badan.
Q5: Bolehkan Ener Ener Al-Kurma diminum oleh bayi yang berusia setahun ke atas dan berapa kuantiti yang sesuai? Apakah kelebihannya?
J: Bayi yang berusia setahun ke atas memang boleh minum Ener Ener Al-Kurma, sebotol sehari dan masa yang sesuai adalah pada 10 hingga 11 pagi atau 2 hingga 3 petang. Ener Ener Al-Kurma adalah terdiri daripada glukosa yang sangat ringkas dan akan terus digunakan oleh badan untuk menjadi tenaga, terutamanya kepada bahagian otak, keadaan ini akan memberi kecergasan dan daya kepintaran kepada bayi yang sedang membesar.
Q6: Adakah Ener Ener Al-Kurma boleh digunakan sebagai makanan gantian? Maksudnya untuk orang yang hendak menguruskan badan!
J: Ener Ener Al-Kurma tidak boleh digunakan sebagai makanan gantian terutama mereka yang hendak menguruskan badan. Untuk menguruskan badan, kita mesti mengambil makanan yang seimbang di mana makanan tersebut mesti terdapat protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral yang seimbang. Kandungan utama dalam Ener Ener Al-Kurma adalah glukosa (karbohidrat), vitamin dan mineral, tetapi kurang protein dan lemak. Oleh itu, tidak sesuai digunakan sebagai makanan gantian.
Q7: Apakah nilai nutrisi bagi Ener Al-Kurma?
J: Ener Al-Kurma sangat kaya dengan kalium yang merupakan garam mineral yang paling banyak didalam tubuh manusia, berfungsi untuk membantu pertumbuhan sel-sel. Kalium merupakan mineral zat mikro penting dalam gizi makanan; ia membantu dalam pengecutan otot dan pengekalan keseimbangan bendalir dan elektrolit dalam sel tubuh. Kekurangan kalium akan melemahkan otot-otot yang menyebabkan keletihan pada otot dan mengganggu fungsi jantung sehingga terjadi gangguan irama jantung.
Ener Al-Kurma mengandungi vitamin C yang mencukupi, di mana memiliki fungsi biologi, seperti dalam proses redoks tubuh, pembentukan darah, detoksifikasi dan sebagainya. Bagi orang tua, vitamin C dapat melindungi tubuh daripada ancaman radikal bebas dan mengurangkan risiko kanser, mengurangkan kadar pembentukkan katarak.
Q8: Bolehkah pesakit diabetes minum Ener Al-Kurma?
J: Boleh minum, tetapi hanya dengan pengambilan 1 botol sehari yang diasingkan 2 kali untuk diminum dalam tempoh 1 jam.
Q9: Mengapakah rasa Ener Al-Kurma berubah dari masa ke semasa?
J: Proses pengeluaran Ener Al-Kurma adalah menggunakan kaedah penapaian, proses penapaian akan menyebabkan zat-zat Ener Al-Kurma dicernakan menjadi molekul kecil yang mudah diserap oleh tubuh manusia. Namun, selepas pembotolan, proses penapaian masih berlaku, maka rasa Ener Al-Kurma akan berubah dari masa ke semasa. Kecuali, pendedahan pada suhu yang tinggi akan merosakkan semua nutrisi yang akan menghentikan proses penapaian, dan menyebabkan rasanya tidak akan berubah lagi.
Q10: Apakah mendapan di bahagian dasar botol Ener Al-Kurma?
J: Mendapan di bahagian dasar botol Ener Al-Kurma adalah fiber Kurma, boleh diminum. Selulosa dapat membantu dalam pembuangan air besar.
Q11: Adakah Ener Al-Kurma mengandungi pengawet?
J: Tidak, ia juga tidak diperlukan. Kerana Ener Al-Kurma sangat kaya dengan gula yang semulajadi, di mana gula tersebut merupakan pengawet jus ini.
Q12: Apakah bahan mentah yang digunakan bagi Ener Al-Kurma?
J: Ener Al-Kurma adalah menggunakan sejenis kurma buah palma yang disebut Kurma Ajwa (KurmaNabi) sebagai bahan mentah. Kami mengabungkan dua jenis buah-buahan segar dan buah kering. Buah segar mengandungi nilai nutrisi yang lebih tinggi, yang mana mengalami masalah bermusim; manakala buah kering tiada masalah bermusim.
Q13: Berapakah botol Ener Al-Kurma boleh saya minum setiap hari?
J: Jika anda tidak mempunyai penyakit diabetes, boleh minum sebanyak 3 hingga 5 botol sehari.
Q14: Mengapakah Ener Al-Kurma begitu manis? Adakah ia telah ditambahkan dengan gula?
J: Kurma (buah-buah palma) mengandungi 75% gula secara semulajadi, di mana sebahagian besar adalah glukosa, mudah digunakan oleh tubuh badan, maka Ener Al-Kurma sangat manis. Al-Kumar tidak mengandungi tambahan gula.


 


Hubungi wani untuk dapatkan Jus Alkurma


 
013.2260818