Thursday 29 September 2016

Teknik Urutan Payudara Yang Membantu Banyakkan Susu


TEKNIK URUTAN PAYUDARA YANG WAJIB IBU AMALKAN

  1. Jika di rumah, ibu disarankan mandi menggunakan air suam atau meletakkan tuala suam di atas payudara selama 5 hingga 10 minit. Cara ini boleh melancarkan peredaran darah dan proses letdown reflex.
  2. Letakkan payudara anda di antara tangan (pict. 1) yang harus dilakukan secara melintang dan memindahkan rangkaian kelenjar belakang dan ke depan seperti dalam gambar. 
  3. Ulangi prosedur yang sama dengan meletakkan payudara di antara tangan anda ( pict.2) 
  4. Gunakan satu tangan menyokong payudar. Tempat 3-4 jari tangan anda yang lain datar pada payudara dan urut rangkaian kelenjar dengan gerakan melingkar. Ulangi prosedur ini diulang sehingga anda mengurut seluruh payudara.(pict.3)
  5. Gunakan jari anda dengan lembut membelai payudara daripada pangkal aerola ke puting. Melalui kaedah ini dapat membawa keluar susu ( pict.4)
  6. Cuba dengan lembut memerah setitik susu dengan ibu jari dan jari ( pict.5)
Lihat TIPS BANYAKKAN SUSU
HAPPY BREASTFEEDING MOMMIES


Nak Kekalkan Susu Badan Meriah? Amalkan 12 Tips Penyusuan ini



Hi mommies, kalau rasa  susu badan kurang atau drop, jangan stress2 dan risau ok kerana ia akan lebih memburukkan lagi keadaan. Apa yang kita perlu buat, fikir positif, aku pun boleh menyusu badan sepenuhnya untuk bayi aku selama 2 tahun seperti ibu2 lain juga.

Oklah wani nak share Tips2 penting yang mommies perlu tahu.

1. KERAPKAN MENYUSU ATAU MENGEPAM
  • Penyusuan bayi pada waktu siang, sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada waktu siang. Jika bayi anda tidur, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi jika bayi tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Sekiranya bayi ingin menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu
  • Percaya pada konsep supply and demand. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Ini kerana, pada waktu ini, hormon prolaktin banyak dihasilkan. 
2. JANGAN TUNGGU PAYUDARA PENUH
  • Sesetengah ibu suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayi perlu disusukan.. Itu Silap.
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Maksudnya, sekiranya anda kerap menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara ‘kosong’), dia akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan. 
    • Pastikan anda minum air banyak sepanjang tempoh penyusuan atau pemerahan susu. Adalah digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter air.

    4. FIKIR BAYI, FIKIR SUSU

    • Ketika menyusu, belailah bayi.. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, diantara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan, bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini dapat membantu merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu
    • Masa nak mengepam, boleh letakkan gambar bayi sambil berselawat.
    • Amalkna juga zikir Ya Matin 70 kali sehari terutama sewaktu mengepam,niat dlm hati moga Allah kurniakn susu yg cukup utk bayi kita sehingga lengkap penyusuannya selama 2thn atau lebih
    • Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara
     5. BERDISIPLIN
    • Memerah susu perlukan disiplin. Jangan ‘ponteng’ sesi pemerahan. Guna hari minggu bagi memerah untuk membuat stok. Boleh guna tip #6 dan #7.
    6. TANDEM PUMPING
    • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik 

    TEKNIK TANDEM
     7. TEKNIK MARMET
    • Jadikan teknik marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu.
    • Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60-70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.
    • Jadi, selepas pump, jangan terus cuci corong. Buat perahan menggunakan tangan. Ia sangat membantu.
    • Biasanya, kalau menggunakan pump, boleh dapat 3.5 oz sebelah payudara, buat marmet boleh menambah menjadi 4-4.5oz.. Walaupun nampak sedikit, tapi ada beza tu.

    TEKNIK MARMET

    8. MENYUSU / MENGEPAM LEBIH LAMA
    • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi disebelah payudara mahupun mengepam.
    • Biarkan dia menyusu sebelah sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang sebelah lagi.
    • Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi. Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, dimana perutnya sahaja yang penuh, tetapi tidak memberi kalori yang mencukupi untuk tumbesarannya
    • Seeloknya jika anda mengepam, ambil masa dalam 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi/ memerah bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan titisan susu yang keluar
    • Mengepam lebih lama juga boleh buat letdown 2-3x tau… tak percaya, cuba buat.. konsisten + disiplin + istiqamah
     9. PENYUSUAN MALAM
    • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
    10. URUTAN
    • Teknik urutan payudara yang betul, dapat membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi, sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.
    • Untuk teknik urutan, boleh lihat di sini. TEKNIK URUTAN BANYAKKAN SUSU.
    11. PENYUSUAN DUA KALI
    • Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu
     12. AMBIL MILK BOOSTER
    • Pengambilan suplemen tambahan semasa tempoh penyusuan, suka untuk wani ingatkan, bahawa tanamkan dalam diri, niat nak bantu meningkatkan penghasilan susu badan. Wani ambil ALKURMA sebagai milk booster. Alhamdulillah hasilnya amat memberangsangkan. Lihat TESTIMONI
    • Diet yang seimbang, sangat membantu kesihatan ibu dan sekaligus membantu dalam tumbesaran bayi yang menyusu badan.
    • Percaya tak anda, jika susu badan anda kurang nutrisi, bayi akan lebih cepat lapar dan lambat kenyang.
    • Berbanding, bayi yang menyusu dengan kandungan susu badan ibu yang cukup nutrisi untuk membantu bayi cepat kenyang dan lambat lapar.
    • Untuk elakkan dari mengalami masalah bengkak susu, jangan lupa untuk amalkan secara konsisten tips2 ini ye.
    ***Tips eksklusif masa menyusukan anak, kalau boleh sentiasa berlapang hati, tenangkan emosi, elakkan rasa marah. Ini untuk pastikan aura-aura positif saja yang sampai kepada anak dan membantu membentuk peribadi anak yang baik, insyaAllah. Tak mudah nak-nak pula kalau tengah letih dan anak baru lepas menyepah. Tapi jangan tak cuba y.

    bestkan bila dapat buat stok susu penuh peti mcm ni, wani doakan mommies berjaya utk bf baby mommies.

    Ingat ye mommies, nak bf bayi sememangnya banyak pengorbanan. Oh ya, jangan lupa niat yang baik2 saja dan minta izin daripada Nya. Ya Allah izinkan aku menyusukan bayiku sepenuhnya selama 2 tahun kerana aku ingin memberikan yang terbaik untuk bayiku dan aku juga ingin meringankan beban suamiku. Insyaa Allah,  Allah bantu kita. Yakin dan percayalah.

    HAPPY BREASTFEEDING :)
    Sekiranya mommies nak bertanyakan sesuatu tentang breastfeeding atau milk booster Alkurma, jangan lupa Whatsapp wani tau. wani sedia membantu.

    wani   |   013.2260818

    Thursday 22 September 2016

    Susu Melimpah Ruah Selepas Minum Alkurma


    Hi mommies..

    Hari ni wani nak share testimoni susu badan yang melimpah ruah selepas ambil Alkurma. Ada beratus-ratus testimoni sebenarnya sampai tak sempat nak baca tapi wani share beberapa untuk posting kali ni ye.

    Rata-rata ibu2 yang mencuba pasti memberikan feedback positif. Alkurma sebagai milk booster ibu2 dan ianya membantu membanyakkan susu badan tapi jangan dilupa tips2 penyusuan kena amalkan sekali tau. Kalau kita tak amal tips penyusuan yang betul, kita ambiklah milk booster apa pun memang la tak jadi. hehe

    Jom kita tengok feedback mommies yang dah cuba Alkurma













    Alhamdulillah..mommies mesti teruja nak simpan stok susu kan bila susu badan dah melimppah ruah, tak menang tangan nak pam. Tapi ingat ye konsepnya SUPPLY AND DEMAND. Kerapkan menyusu  bayi kita atau pam 2-3 jam sekali. Klik sini untuk TIPS PENYUSUAN.

    Untuk order ALkurma, boleh Whatsapp wani 013 2260818
    Happy breastfeeding.

    Tuesday 20 September 2016

    Enerfiber Penamat Masalah Sembelit

    Assalamualaikum.. pagi ni wani nak share satu produk bestt. Kenapa wani kata best? sebab wani sendiri dah cuba dan kesan selepas minum sangat2 terbaik. Wani dah cuba semasa pantang kali ni disebabkan sembelit yang teruk. Alhamdulillah masalah wani tamat selepas ambil Enerfiber ni. Sebenarnya produk ni salah satu dari rangkaian produk Ener sama dengan Alkurma. Seperti biasa bila wani guna sesuatu produk tu dan kesannya amat puas hati, wani akan share dengan orang untuk membantu selesaikan masalah.

    Oklah kita kenal2 dulu dengan produk ni.

    Tadda..ni yang wani maksudkan tu. minuman fiber untuk detox paling best yang pernah wani rasa.

    Masa pantang biasalah, memang selalunya sembelitkan. Disebabkan tak tahan, wani terus cuba enerfiber ni, takut jugak baby cirit birit kan sebab menyusu badan. Tapi Alhamdulillah, membuang lancar, smooth je dan yang paling best perut tak memulas pun. Ia cuma bagi signal nak gi toilet je.haha.

    Baby wani tak cirit pun. Enerfiber ni 100% selamat dari bahan organik dan buah2 yang berserat tinggi, jadi selamat untuk ibu menyusu malahan ibu hamil pun selamat tapi disyorkan untuk 6 bu;an ke atas.

    Ok..wani nak cerita kisah adik wani plak. Adik wani ni serius jugaklah masalah sembelitnya. Kadang-kadang smapai 3, 4 hari tak buang air besar. Jangan pandang ringan tau masalah sembelit ni.
    Wani bagi dia cuba 1 sachet. esok pagi2 dah sengih2 bagitau best giler peritiwa kat toilet.haha. seluar pun dah rasa longgar katanya. alahai dik, tu baru 1 sachet, kalau dah habis 1 kotak tak tau la nak cakap, mesti sengihnya sampai ke petang. haha.

    Haa..ni dia. tengok seronok bila kakak dia belanja enerfiber.
    Kat bawah ni wani share antara khasiat utama enerfiber.Ok, nanti wanisambung lagi ye dengan testimoni2 yang pasti buat anda teruja nak mencuba.hehe
    Boleh Whatsapp wani untuk sebarang pertanyaan tau. Jangan segan2. 013 2260818

    Sunday 4 September 2016

    Soalan-soalan lazim Tentang ALKURMA

    Assalamualaikum semua, ramai yang belum tahu tentang Jus Alkurma kan. Jom kita kenal2 alkurma ni melalui soalan-soalan lazim yang selalu ditanya atau menjadi persoalan oleh pengguna-pengguna yang baru nak mencuba. Terdapat 20 soalan famous dan jawapan kami diharap dapat merungkaikan persoalan anda.:)

    #1
    Kulit pesakit eczema kekurangan potassium. ALKURMA kaya dengan potassium. Dengan mengambil ALKURMA, akan membantu menambahkan kandungan potassium. Jadi amat sesuai diamalkan oleh pesakit eczema.

    Keberkesanan merawat eczema bergantung kepada tahap kritikal masalah eczema tersebut. Selalunya mengambil masa dari 2 minggu hingga 2 bulan.


    #2
     Sangat digalakkan minum ALKURMA seawal kehamilan. Boleh amalkan 2 sudu pagi, 2 sudu petang.

    ALKURMA membantu ibu hamil:
    1) mendapatkan tenaga segera
    2) mengelakkan bayi yang bakal lahir terkena demam kuning
    3) membantu menghasilkan hemoglobin dalam darah.

    #3
     
    Demam kuning disebabkan sel darah merah yang pecah. Ia dinamakan birubilin.

    Ibu digalakkan minum ALKURMA jika bayi demam kuning. ALKURMA dapat membanyakkan susu ibu. Apabila bayi minum susu ibu, bayi akan membuang air besar dan menyingkirkan birubilin dari badan.

    #4 
     
    Ya, boleh. Pesakit kencing manis perlu mengambil ALKURMA dalam kuantiti separuh botol sahaja sekali minum.

    Jarakkan masa, lebih kurang 6 jam. Lepas itu baru boleh minum lagi.Jangan terus teguk 1 botol sekaligus.

    Jangan risau, ALKURMA tidak akan meningkatkan bacaan kencing manis. Sebab alkurma bukan manis gula, ianya manis buah.

    #5
     
    Kesan tambahan susu badan bergantung kepada badan masing-masing. Ada yang minum setengah botol, susu dah meriah sehingga 2x ganda. Ada yang 12 botol baru nampak kesan.

    Apapun, sememangnya apa yang diminum oleh ibu, nutrisinya akan sampai kepasda bayi. Jadi bila anda minum ALKURMA, secara tidak langsung, bayi anda juga mendapat nutrisi daripadanya.

    #6
     
    Anda perlu faham, ALKURMA bukan ubat. Jadi tiada sukatan spesifik untuk pengambilan.

    Sebaiknya boleh ambil ALKURMA sebotol sehari untuk kesan optimum. Jika nak jimat, boleh minum 1/3 botol setiap hari.

    Ianya juga boleh diambil ketika susu badan drop sahaja. Bila susu badan kembali normal/stabil, boleh kurangkan pengambilan.

    #7
     
    Ya, boleh. Berikan 1-2 titis menggunakan syringe (picagari). Juga boleh dicampur dengan air kosong dan berikan dalam botol susu.

     #8
     
    1) Melegakan demam, batuk dan selsema.
    2) Mencerdaskan minda & meningkatkan daya tumpuan
    3) Memberikan tenaga untuk kekal aktif.
    4) Menambahkan selera makan.
    5) Mengatasi sembelit.
    6) Menurunkan bacaan demam kuning untuk bayi.
    7) Merangsang pembentukan tulang & gigi
    8) Mengatasi masalah eczema (kulit sensitif)
     
     #9
     
    6 bulan - 3 tahun : 1 sudu kecik (2.5ml)
    4 - 6 tahun : 1 sudu besar (5ml)
    6 tahun ke atas : 2 sudu besar (10ml)

    #10 
     Kandungan nutrisi ALKURMA yang dikeluarkan oleh syarikat adalah sama seperti nutrisi Kurma Ajwa.

    Memang satu standard dalam labelling, tidak perlu untuk menamakan jenis kurma/buah-buahan. Contohnya, kiwi walaupun dari New Zealand, dalam lebelling hanya perlu letak Kiwi. Bukan Kiwi New Zealand atau Kiwi Malaysia.

    #11
     
    Buah Kurma adalah dari negara Arab. Namun ianya diproses dan dikilangkan di Malaysia
     
    #12
    Ya! ALKURMA mendapat pengiktirafan sebagai ‘PRODUK TIDAK PERLU BERDAFTAR’ kerana ianya hanyalah makanan tambahan (Food Supplement) berasaskan buah-buahan Gred Terbaik.

    #13
      
    ALKURMA adalah 100% berasaskan Kurma Ajwa. Tiada campuran bahan lain.

    #14
      
    Semestinya rasa kurma. Boleh minum terus. Jika tak nak terlalu manis, boleh campur air.

    #15
     
     Expiry date untuk ALKURMA adalah 2 tahun. Sebotol ALKURMA 120ml. Simpan dalam peti ais selepas dibuka supaya tahan lebih lama.

    #16
     
    Semestinya HALAL. Ianya 100% Kurma Ajwa tanpa bahan lain. Juga mendapat sijil HALAL.

    #17
      
    ALKURMA tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan negatif. Jika terlebih pengambilan, juga tiada masalah kerana ianya natural supplement.

    #18
     
    Ada banyak faktor susu badan tidk bertambah walaupun minum ALKURMA.

    Antaranya adalah:

    1) Pengambilan pil mencegah kehamilan.
    2) Stress
    3) Ibu tidak sihat (demam etc)

    Kesan tambahan susu badan bergantung kepada badan masing-masing. Kemungkinan besar pengambilan ALKURMA yang sedikit belum menampakkan hasil. Perlu diamalakan lebih banyak.

    Jika semasa hamil anda ada masalah HB low, atau selepas bersalin anda kekurangan sel darah merah, maka pengambilan ALKURMA pada peringkat awal membantu menghasilkan sel darah merah dahulu. Selepas itu barulah susu badan akan bertambah.

    #19
      
    Kadar penghasilan susu badan bergantung kepada banyak faktor luaran juga. Jika anda berhenti mengambil ALKURMA, dan anda stress di tempat kerja, pasti susu badan akan drop juga.

    ALKURMA itu sendiri tidak menyumbang kepada susu drop.

    #20
      
    Beza ALKURMA dengan kurma lain adalah kandungan nutrisinya dan cara penghasilannya.

    Secara ringkasnya, pertama, bahan asas ALKURMA adalah Kurma Ajwa iaitu kurma paling mahal di antara 1450 jenis kurma lain. Di pasaran pun, memang Kurma Ajwa paling mahal berbanding kurma lain, mencecah 10x ganda lebih mahal dari kurma lain.

    Kedua, cara penghasilannya menggunakan proses PENAPAIAN. Ianya tidak melalui proses pemanasan (seperti kebanyakan produk lain di pasaran) yang akan mengurangkan khasiat kurma. Penapaian ini mengekalkan semua nutrisi kurma dan menyebabkan mudah diserap oleh badan.

      WHATSAPP 013.2260818 untuk tempahan Alkurma. COD di kawasan Kuala Terengganu dan FREE POSTAGE  seluruh Msia.