Showing posts with label stokis caliph kuala terengganu. Show all posts
Showing posts with label stokis caliph kuala terengganu. Show all posts

Thursday, 5 May 2016

Sufi Iman Lebih FOKUS Lepas Amal Caliph

Alhamdulillah wani just nak share tentang perkembangan anak wani yang no 2 ni, Sufi Iman 5 Tahun 5 bulan. Semalam ada perjumpaan dengan gurunya Teacher Aini tentang penilaian guru terhadap anak-anak tadika. Sufi belajar di Tadiak Naluri, Kuala Terengganu ni. Tadika ni tak jalankan peperiksaan seperti tadika lain, ia berkonsepkan exploring mengikut naluri anak-anak. Ianya mengikut silibus luar negara. Wani sangat berpuas hati dengan sistem pembelajaran di situ. Ok lah sambung cerita.

Antara anak kami 3 orang Sufi lah yang paling kami risau sebab dia seorang speech delay, kurang bersosial dan sangat aktif. Tetapi daripada pemerhatian semenjak dua menjak ni cukup buatkan kami terharu, rasa teruja dan semakin semangat nak train Sufi di rumah sebab dia menunjukkan kemajuan dari segi percakapan dan pembelajaran. Walaupun Sufi masih ada pelatnya, dia cepat belajar. Kalau wani ajar 1 atau 2 kali pun dia boleh ingat terutama vocab Bahasa Inggeris. Membaca dan mengaji pun semakin lancar.
ni antara komen guru dan pengetuanya :-



dah boleh mengira sampai 100 tanpa bimbingan
wani tertarik dengan komen 'semakin fokus' sebab sebelum ni fokus memang masalah besar bagi sufi sebab dia sangat aktif. Menurut cikgunya, Sufi Fokus dan cepat siapkan kerja di dalam kelas, lepas siap kerja baru dia main. Alhamdulillah terharu ibu. TQ dan tahniah untuk cikgu Sufi sebab sabar dengan karenahnya.

Ibu  akan teruskan supply CALIPH kat sufi dan anak2 ibu yang lain. Memang teruja bila tengok perkembangan anak-anak lepas amalkan Caliph. Alhamdulillah sangat. Untuk ibu-ibu yang berhadapan dengan anak yang tak FOKUS di dalam kelas, wani sangat mengesyorkan Caliph. In shaa Allah dengan ikhtiar kita ini Allah izinkan anak semakin fokus. Cikgu pun tak pening nak handle  dalam kelas. Wani pun seorang guru tahun 1. Tahun ni memang agak ramai yang ada masalah fokus Pening sikit la nak handle dalam kelas tu.hehe. Harapa2 la mak diaorang terbuka hati nak cuba Caliph. hehe.

nak cuba Caliph? Hubungi wani ye. Wani bantu anda. Kami ada banyak testimoni pasal masalah fokus ni.




0132260818


Friday, 1 April 2016

Nak Bisnes?Wajib ada MENTOR

Bak kata Dr Azizan Osman, nak bisnes wajib ada MENTOR. Ya betul tu, kalau tanya sesiapa yang sudah berjaya pun merekan akan berkata demikian. Dulu ingat lagi masa wani mula-mula nak jual Caliph, wani akan tanya pemborong tu

 "Kalau saya beli dari puan, puan boleh guide saya bisnes tak?"

Kalau jawapannya tak meyakinkan wani, wani cari yang lain. Itu lah perangai wani. wani tak survey HARGA tetapi wani survey  MENTOR. ekekek. kelakar pulak kan. Tapi part tu memang PENTING bagi wani. NAK BISNES WAJIB ADA MENTOR YANG GUIDE KITA CARA BISNES SESUATU PRODUK.

Bisnes tanpa Ilmu adalah sukar nak mencapai kejayaan. Mungkin berjaya juga cuma lambat daripada orang yang mendapat bimbingan.

Wani tak kata wani hebat sebab wani pun dalam proses belajar dan mencari ilmu tapi wani ingin sekali share ilmu yang wani dapat  kepada agen-agen Caliph. Setakat ini wani ada ramai agen seluruh Malaysia. Alhamdulillah kami ada team yang sporting. Oklah tak nak cerita panjang2, wani nak bagitau apa kelebihan agen di bawah TEAM WANI.

KELEBIHAN YANG ANDA DAPAT JIKA JOIN TEAM CALIPH WANI

  • Join group support Whatsapp ( tips, testimoni, poster caliph)
  • Dapat bimbingan secara personal dari wani
  • Nama dan no telefon anda akan wani iklankan di blog wani 

 Anda boleh pilih sama ada nak jadi AGEN atau DROPSHIPPER. Dua-dua ni wani buka dengan tujuan membantu mereka yang nak cari income dengan bisnes Caliph. Kita sama-sama mencari rezeki. Jangan lupa niat bisnes kerana ALLAH.
BAGI yang tiada modal boleh bermula dengan AGEN DROPSHIP dan bagi yang nak jadi agen midal serendah RM 260 SAHAJA.
WHATSAPP WANI 0132260818 untuk maklumat lebih lanjut ye.
TERIMA KASIH KERANA SUPPORT WANI.

Monday, 21 March 2016

Group Coaching By Felinna

Alhamdulillah pada hari Jumaat yang lepas, 18 Mac 2016, wani berkesempatan menghadiri Group Coaching yang dianjurkan oleh HQ Caliph.
Program yang julung-julung kalinya diadakan di kawasan zon Pantai Timur ini berlangsung seawal jam 9 pagi dan bersurai pada pukul 1 tengahari.

 Alhamdulillah, duduk je kat meja dah tersedia buku Bisnes Cara Kami dan buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki. Alhamdulillah Pn Felinna dan Tuan Rafei sangat-sangat pemurah. Dah la nak bagi ilmu free, makan free malas buku free. Sebenarnya dah lama wani nak beli buku BCK ni cuma tak berkesempatan. Syukur..syukur semoga Allah melindungi bisnes Raffelina. Oh ya, setiap seorang juga mendapat sample cereal caliph ( not for sale ye).

Sebenarnya majlis ni dimulakan dengan cerita ringkas oleh Tuan Rafei tentang di awal-awal penglibatan mereka pada bisnes. Lepas tu beliau ketengahkan isu-isu dalam bisnes Caliph. Antara isu besar ialah permainan harga oleh penjual. Hakikatnya menjual apa barang sekalipun mesti ada permainan harga cuma beliau menekankan konsep AMANAH dan KEBERKATAN dalam berniaga. Perbuatan membunuh bisnes orang lain dikira HARAM dan orang yang support (pembeli) yang beli dengan harga murah jangan salahkan produk jika ia tidak  berkesan pada  dirinya tetapi berkesan pada orang lain.


Selain itu ada juga sesi sharing daripada salah seorang stokis yang berjaya dari Kota Bharu. Alhamdulillah terima kasih di atas tips yang diberikan.



Sesi sharing tips dan ilmu daripada Pn Felinna selama setengah jam. Alhamdulillah banyak input berguna disalurkan beliau. Terima kasih Pn Fel.


Terima kasih di atas semua yang terlibat secara langsung atau tidak dengan program ini. Terima kasih banyak-banyak Tuan Rafei dan Pn Felinna. Semoha Allah merahmati kamu sekeluarga.

Anda nak tahu CARA NAK JADI AGEN CALIPH? Whatsapp Wani ye 0132260818

Wednesday, 17 February 2016

Caliph Cereal Produk Terbaru Caliph-Nutrition For Eyes

Alhamdulillah baru sahaja dilancarkan akhir Januari 2016, Caliph Cereal For Eyes. Supplement untuk mata sebab kaya dengan Beta Karotena, iaitu Vitamin A.


 KANDUNGAN DAN KHASIAT CALIPH CEREAL

 
Beta Karotena menyediakan 50% Vitamin A yang diperlukan dalam diet. Vitamin A adalah baik untuk penglihatan mata dan memberi imunisasi yang kuat terhadap kesihatan tubuh badan kanak-kanak. Ia juga menghindar daripada penyakit cirit-birit, asma dan demam.

Susu Kambing pula mengandungi kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang membantu kanak-kanak menguatkan tulang. Manakala Maltodekstrin adalah gula kurang manis yang bertindak sebagai makanan tambahan yang menyediakan tenaga dalam badan.

Mengenai Jus Caliph pula, ia merupakan makanan tambahan dengan kandungan Serat, Kalsium, Vitamin dan Mineral yang membantu untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak. Jus Caliph mengandungi kurma, kismis, Madu, Delima, Buah Tin, Aprikot, Omega 3 dan Omega 6. Kesemua bahan yang terkandung dalam Jus Caliph ini memiliki kehebatan tersendiri antaranya mampu menjadi penawar pelbagai penyakit selain menggalakkan perkembangan minda. "Ianya juga adalah sebahagian daripada makanan sunnah yang sangat digalakkan dalam amalan pemakanan umat Islam termasuk kepada kanak kanak," - Muhammad Rafi’e bin Ramli.
 
COMBO PACK SEMPENA PROMOSI PENGENALAN PRODUK
 
Nak tahu harga Cereal ni? Harga asal ialah RM 55 sepeket(berat 500g) tetapi pihak HQ telah mengadakan harga promosi sehingga 27 Feb 2017 ini iaitu RM45 sepeket sahaja ( belum termasuk postage ) Jadi dengan ini wani pun ingin mengadakan jualan combo sempena harga promosi ini. Hanya RM 110 Free postage. Anda boleh jimat RM25. Anda berminat? Whatsapp wani cepat2 tau. Last 27 Feb ini shj. 
 Wani   0132260818
Stokis caliph yang sah