Thursday 29 September 2016

Nak Kekalkan Susu Badan Meriah? Amalkan 12 Tips Penyusuan ini



Hi mommies, kalau rasa  susu badan kurang atau drop, jangan stress2 dan risau ok kerana ia akan lebih memburukkan lagi keadaan. Apa yang kita perlu buat, fikir positif, aku pun boleh menyusu badan sepenuhnya untuk bayi aku selama 2 tahun seperti ibu2 lain juga.

Oklah wani nak share Tips2 penting yang mommies perlu tahu.

1. KERAPKAN MENYUSU ATAU MENGEPAM
  • Penyusuan bayi pada waktu siang, sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada waktu siang. Jika bayi anda tidur, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi jika bayi tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Sekiranya bayi ingin menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu
  • Percaya pada konsep supply and demand. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Ini kerana, pada waktu ini, hormon prolaktin banyak dihasilkan. 
2. JANGAN TUNGGU PAYUDARA PENUH
  • Sesetengah ibu suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayi perlu disusukan.. Itu Silap.
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Maksudnya, sekiranya anda kerap menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara ‘kosong’), dia akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan. 
    • Pastikan anda minum air banyak sepanjang tempoh penyusuan atau pemerahan susu. Adalah digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter air.

    4. FIKIR BAYI, FIKIR SUSU

    • Ketika menyusu, belailah bayi.. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, diantara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan, bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini dapat membantu merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu
    • Masa nak mengepam, boleh letakkan gambar bayi sambil berselawat.
    • Amalkna juga zikir Ya Matin 70 kali sehari terutama sewaktu mengepam,niat dlm hati moga Allah kurniakn susu yg cukup utk bayi kita sehingga lengkap penyusuannya selama 2thn atau lebih
    • Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara
     5. BERDISIPLIN
    • Memerah susu perlukan disiplin. Jangan ‘ponteng’ sesi pemerahan. Guna hari minggu bagi memerah untuk membuat stok. Boleh guna tip #6 dan #7.
    6. TANDEM PUMPING
    • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik 

    TEKNIK TANDEM
     7. TEKNIK MARMET
    • Jadikan teknik marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu.
    • Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60-70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.
    • Jadi, selepas pump, jangan terus cuci corong. Buat perahan menggunakan tangan. Ia sangat membantu.
    • Biasanya, kalau menggunakan pump, boleh dapat 3.5 oz sebelah payudara, buat marmet boleh menambah menjadi 4-4.5oz.. Walaupun nampak sedikit, tapi ada beza tu.

    TEKNIK MARMET

    8. MENYUSU / MENGEPAM LEBIH LAMA
    • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi disebelah payudara mahupun mengepam.
    • Biarkan dia menyusu sebelah sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang sebelah lagi.
    • Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi. Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, dimana perutnya sahaja yang penuh, tetapi tidak memberi kalori yang mencukupi untuk tumbesarannya
    • Seeloknya jika anda mengepam, ambil masa dalam 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi/ memerah bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan titisan susu yang keluar
    • Mengepam lebih lama juga boleh buat letdown 2-3x tau… tak percaya, cuba buat.. konsisten + disiplin + istiqamah
     9. PENYUSUAN MALAM
    • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
    10. URUTAN
    • Teknik urutan payudara yang betul, dapat membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi, sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.
    • Untuk teknik urutan, boleh lihat di sini. TEKNIK URUTAN BANYAKKAN SUSU.
    11. PENYUSUAN DUA KALI
    • Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu
     12. AMBIL MILK BOOSTER
    • Pengambilan suplemen tambahan semasa tempoh penyusuan, suka untuk wani ingatkan, bahawa tanamkan dalam diri, niat nak bantu meningkatkan penghasilan susu badan. Wani ambil ALKURMA sebagai milk booster. Alhamdulillah hasilnya amat memberangsangkan. Lihat TESTIMONI
    • Diet yang seimbang, sangat membantu kesihatan ibu dan sekaligus membantu dalam tumbesaran bayi yang menyusu badan.
    • Percaya tak anda, jika susu badan anda kurang nutrisi, bayi akan lebih cepat lapar dan lambat kenyang.
    • Berbanding, bayi yang menyusu dengan kandungan susu badan ibu yang cukup nutrisi untuk membantu bayi cepat kenyang dan lambat lapar.
    • Untuk elakkan dari mengalami masalah bengkak susu, jangan lupa untuk amalkan secara konsisten tips2 ini ye.
    ***Tips eksklusif masa menyusukan anak, kalau boleh sentiasa berlapang hati, tenangkan emosi, elakkan rasa marah. Ini untuk pastikan aura-aura positif saja yang sampai kepada anak dan membantu membentuk peribadi anak yang baik, insyaAllah. Tak mudah nak-nak pula kalau tengah letih dan anak baru lepas menyepah. Tapi jangan tak cuba y.

    bestkan bila dapat buat stok susu penuh peti mcm ni, wani doakan mommies berjaya utk bf baby mommies.

    Ingat ye mommies, nak bf bayi sememangnya banyak pengorbanan. Oh ya, jangan lupa niat yang baik2 saja dan minta izin daripada Nya. Ya Allah izinkan aku menyusukan bayiku sepenuhnya selama 2 tahun kerana aku ingin memberikan yang terbaik untuk bayiku dan aku juga ingin meringankan beban suamiku. Insyaa Allah,  Allah bantu kita. Yakin dan percayalah.

    HAPPY BREASTFEEDING :)
    Sekiranya mommies nak bertanyakan sesuatu tentang breastfeeding atau milk booster Alkurma, jangan lupa Whatsapp wani tau. wani sedia membantu.

    wani   |   013.2260818

    No comments:

    Post a Comment