Monday 21 March 2016

Group Coaching By Felinna

Alhamdulillah pada hari Jumaat yang lepas, 18 Mac 2016, wani berkesempatan menghadiri Group Coaching yang dianjurkan oleh HQ Caliph.
Program yang julung-julung kalinya diadakan di kawasan zon Pantai Timur ini berlangsung seawal jam 9 pagi dan bersurai pada pukul 1 tengahari.

 Alhamdulillah, duduk je kat meja dah tersedia buku Bisnes Cara Kami dan buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki. Alhamdulillah Pn Felinna dan Tuan Rafei sangat-sangat pemurah. Dah la nak bagi ilmu free, makan free malas buku free. Sebenarnya dah lama wani nak beli buku BCK ni cuma tak berkesempatan. Syukur..syukur semoga Allah melindungi bisnes Raffelina. Oh ya, setiap seorang juga mendapat sample cereal caliph ( not for sale ye).

Sebenarnya majlis ni dimulakan dengan cerita ringkas oleh Tuan Rafei tentang di awal-awal penglibatan mereka pada bisnes. Lepas tu beliau ketengahkan isu-isu dalam bisnes Caliph. Antara isu besar ialah permainan harga oleh penjual. Hakikatnya menjual apa barang sekalipun mesti ada permainan harga cuma beliau menekankan konsep AMANAH dan KEBERKATAN dalam berniaga. Perbuatan membunuh bisnes orang lain dikira HARAM dan orang yang support (pembeli) yang beli dengan harga murah jangan salahkan produk jika ia tidak  berkesan pada  dirinya tetapi berkesan pada orang lain.


Selain itu ada juga sesi sharing daripada salah seorang stokis yang berjaya dari Kota Bharu. Alhamdulillah terima kasih di atas tips yang diberikan.



Sesi sharing tips dan ilmu daripada Pn Felinna selama setengah jam. Alhamdulillah banyak input berguna disalurkan beliau. Terima kasih Pn Fel.


Terima kasih di atas semua yang terlibat secara langsung atau tidak dengan program ini. Terima kasih banyak-banyak Tuan Rafei dan Pn Felinna. Semoha Allah merahmati kamu sekeluarga.

Anda nak tahu CARA NAK JADI AGEN CALIPH? Whatsapp Wani ye 0132260818

No comments:

Post a Comment