Assalamualaikum ibu-ibu, petang ni wani nak share sedikit tentang amalan2 baik dan buruk sebelum anak-anak kita masuk tidur.
Pernah tak kita membiarkan anak-anak masuk tidur bersama tablet atau handphone dengan menonton cerita-cerita yang mereka gemari dek kerana kita sibuk dengan urusan yang masih belum selesai?
Kalau YA, mulai hari ini kita HENTIKAN.
Sebelum anak-anak kita tidur, jangan beri anak-anak tengok televisyen
(dan dengar radio merapu), iPad atau permainan video, apatah lagi jika
cerita seram, ganas atau ada adegan separa lucah (termasuklah kartun).
Mengapa?
Kajian menunjukkan bahawa tidur mereka akan terganggu, juga
elemen-elemen yang tidak baik akan masuk ke dalam minda bawah sedar dan
membentuk personaliti mereka.
Paling baik tentunya ayah dan ibu
membacakan kisah-kisah yang baik dari Al Quran, hadis dan para
salafussoleh, bagus juga jika ayah sendiri dapat membaca ayat-ayat Al
Quran dan zikir-zikir yang ma'thur kepada anak-anak sebelum mereka
tidur.
Jika tidak sempat, perdengarkan ditelinga mereka bacaan
Al Quran atau ajar mereka untuk membaca buku-buku yang baik sendiri
sebelum tidur.
Pastikan sebelum anak-anak tidur, hanya input-input yang baik sahaja masuk ke dalam minda mereka.
Cubalah, dan lihat perubahan yang berlaku pada anak-anak kita.
Di sini wani nak share sedikit bacaan surah2 yang boleh kita amalkan ye
Ini pula zikir yang boleh kita amalkan dan ajak sekali anak berzikir :)
Jom beramal :) Feel free to share