Sunday 23 August 2015

Awas! Jangan Biarkan Anak Tertidur Bersama Handphone atau Tablet.

Assalamualaikum ibu-ibu, petang ni wani nak share sedikit tentang amalan2 baik dan buruk sebelum anak-anak kita masuk tidur.

Pernah tak kita membiarkan anak-anak masuk tidur bersama tablet atau handphone dengan menonton cerita-cerita yang mereka gemari dek kerana kita sibuk dengan urusan yang masih belum selesai?
Kalau YA,  mulai hari ini kita HENTIKAN.

Sebelum anak-anak kita tidur, jangan beri anak-anak tengok televisyen (dan dengar radio merapu), iPad atau permainan video, apatah lagi jika cerita seram, ganas atau ada adegan separa lucah (termasuklah kartun).

Mengapa? 

Kajian menunjukkan bahawa tidur mereka akan terganggu, juga elemen-elemen yang tidak baik akan masuk ke dalam minda bawah sedar dan membentuk personaliti mereka.
Paling baik tentunya ayah dan ibu membacakan kisah-kisah yang baik dari Al Quran, hadis dan para salafussoleh, bagus juga jika ayah sendiri dapat membaca ayat-ayat Al Quran dan zikir-zikir yang ma'thur kepada anak-anak sebelum mereka tidur.
Jika tidak sempat, perdengarkan ditelinga mereka bacaan Al Quran atau ajar mereka untuk membaca buku-buku yang baik sendiri sebelum tidur.
Pastikan sebelum anak-anak tidur, hanya input-input yang baik sahaja masuk ke dalam minda mereka.
Cubalah, dan lihat perubahan yang berlaku pada anak-anak kita.

Di sini wani nak share sedikit bacaan surah2 yang boleh kita amalkan ye


Ini pula zikir yang boleh kita amalkan dan ajak sekali anak berzikir :)


 Jom beramal :) Feel free to share


No comments:

Post a Comment