Saturday, 12 November 2016

Testimoni Jus Caliph

Alhamdulillah..semakin ramai yang mempercayai jus caliph. wani nak share testimoni yang baru fapat dari HQ.


Friday, 11 November 2016

My BF Journey is Begin

Assalamualaikum semua. terima kasih kerana sudi singgah di blog wani. Untuk entry kali ini wani nak story sikit lah pasal rutin harian wani sebagai fully Breastfeeding Mom. Semalam 10 November adalah hari ke2 wani kembali bekerja selepas cuti bersalin 3 bulan. Lama tuu tapi rasa macam nak cuti terus aci tak.hihi. Apakan daya nak tak nak kena sambung kerja jugak. Oklah tak mau celoteh panjang2, Rutin harian wani bermula seawal pukul 4.30 pagi atau paling lewat pun pukul 5 pagi.

Bangun dari tidur wani sempat DF baby Syifa dulu dalam 15 minit gitu. Ok, lompat dari katil dan terus terjah dapur. Buka peti ais dan keluarkan frozen ebm yang wani dah defrost malam tadi di bahagian chiller. Bukan apa wani takut ebm belom cair sepenuhnya, tu yang kena gi jenguk jugak. wani keluarkan dan isi dalam botol susu. wani gunakan storage bottle je cam ni. Buat cam ni untuk mudahkan kerja baby sitter, dia just rendam dalam bekas air panas je dalam 10 minit bila baby Syifa nak menyusu. Susu yang dah dipanaskan kena dihabiskan dalam masa 1-2 jam je. Kalau lebih dari tu wani dah pesan kat baby sitter mintak buang je. Senangkan tak payah nak bancuh2 atau basuh botol lagi. Dia just  pindahkan kepala botol tu je.

bekalan baby Syifa Nurkasih. Cukup la 4 botol sampai pukul 3 petang.
 Sekarang ni baby Syifa menyusu 3oz setiap sesi. Jadi wani isi setiap botol tu 3 oz kecuali botol pertama tu 4 oz sebab awal pagi dia menyusu lebih sikit. Cukuplah 4 botol ni sebab masa kerja wani sampai pukul 3 lebih kurang. Kalau ada meeting ke wani tambah jadi 5 botol.
isi coller bag dengan 3 ketul ice pack.

wani guna electric dual pump brand spectra. wani balut dengan towel kecil senang nak lap lepas basuh nanti

coller bag wani kaler oren tu dan pam wani sumbat je dalam back pack ni. hehe rembat beg yang tadika bagi kat anak wani dulu-dulu. Jimatt tak payah nak beli beg baru.
    Sebelum ke sekolah, wani sempat jammah sedikit sarapan ringan. Sekarang ni wani akan disiplinkan diri supaya tak sentuh teh atau kopi. Pengorbanan tu. Jarang yangtak suka minuman berkafein cam ni kan. Jadi wani relakan diri supaya elakkan diri dari jamah minuman ni. Jadi wani dah tukar minuman wani kepada Horlick, Cocoa Tamar dan susu kambing.Untuk kudapan pula, wani banyakkan makan oat, roti pula pilih yang wholemeal, biskut pun pilih yang ada bijiran tu macam Oat Krunch jenama muncys. Ni contoh sarapan wani.

Horlick + roti wholemeal + cheese

Di tempat kerja wani dah set dalam kepala nak pam sebanyak 2 sesi iaitu pukul 9 atau 9.30 dan 12.30 atau 1 pm. Alhamdulillah setakat ni sesi mengepam lancar walaupun agak sibuk di tempat kerja.



sesi mengepam dalam bilik guru.
Wani memang selamba je pam dalam bilik guru. Kawan sebelah wani pun tak sedar tau sebab senyap je. cuma dia rasa pelik kenapa lah si wani ni pakai baju lembu.hahah. tengoklah nursing cover wani tu bermotifkan lembu. Motif lembu tu menunjukkan tengah proses susu. haha kalakar nauu.

Ouhh lupa nak bagitau hari pertama wani kerja, dah ada mesyuarat jadi masa balik kerja extend 2 jam. habis je  mesyuarat pukul 4 petang, wani terus bersiap nak balik. Masuk2 kereta terus wani buka bag pack, keluarkan pam dan sarung nursing cover. Sesi mengepam sambil drive. Nampak tak kesungguhan wani? wani betul2 usaha nak susukan baby Syifa sampai umur 2 tahun. Allah maha mendengar, maha pemberi dan wani yakin Allah akan bantu wani, Doakan wani berjaya dalam misi wani ye. plss.
Mommies, setiap kali lepas pam tak kisah lah kita dapat banyak mana pun susu jangan lupa ucapkan syukur. Allah beri kita rezeki susu badan biar pun dapat 2 oz. Jangan lupa ucapkan syukur. Bersangka baik dengan Allah. Allah nak kita gigih berusaha lagi dan jangan putus asa.
Kat rumah wani akan cuba pam 1 kali lagi pada malam sebelum masuk tidur. Masa tu baby Syifa tidur lama jadi bolehlah wani curi masa nak pam.
Okayy, ni pula rutin wnai sebelum masuk tidur. wani akan keluarkan stok ebm dari frozen secukupnya dan urunkan ke bahagian chiller. wani rendam dalam bekas berisi air.
Lepas tu, wani cuci botol2 storage pagi tadi dan steril dalam air panas. Wani takde sterillizer jadi wani guna cara klasik cam ni jerk. Jimat tak payah beli sterillizer.



Hokey, dah siap kerja ni baru lah boleh masuk tido. Kalau tak buat memanglah tak akan lena.hahihu.
Alhamdulillah begitulah serba sedikit yang sempat wani kongsikan. Mungin lebih kurang sama dengan BF Mum yang lain kan. Jom mommies kita semangat wajar untuk BF baby kita sampai 2 tahun. Pemakanan tambahan untuk maintain susu badan sentiasa banyak, wani amalkan jus alkurma. terbaiklah alkurma. 100% kurma ajwa atau kita gelarkan kurma nabi.

mommies nak cuba alkurma boleh hubungi wani. wani sedia bantu dan beri konsultasi.